Q1 : Sakit kah bekam ani?
J : Sakit, tapi inda sesakit yang kita bayangkan. Sakitnya berkurang sebab terapis kami buat ikut proses. Ada proses bekam angin dulu yang tujuannya untuk membuatkan kulit jadi kebas supaya inda terasa terlalu sakit semasa proses bekam darah.
Ringkasnya;
1️⃣ Bekam Luncur
2️⃣ Bekam Angin
3️⃣ Bekam Darah
Q2 : Bila tarikh sunnah berbekam?
J :17, 19 dan 21 bulan hijriyyah.
Dari Abu Hurairah radhiallaahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Shahih Sunan Abu Dawud)
Q3 : Siapa yang sesuai untuk rawatan?
J : Mereka yang mengalami;
- Masalah sangal-sangal badan.
- Penghidap darah tinggi.
- Level Kolesterol yang tinggi.
- Migrain, Vertigo atau kerap sakit kepala.
- Frozen shoulder atau sangal bahu.
- Penghidap Gout.
- Sentiasa memandu (Commuters/School Runners/Drivers).
- Pekerjaan yang memerlukan pekerja untuk duduk atau berdiri dalam tempoh yang lama (lebih daripada 4 jam sehari).
- Aktif bersenam (jogging/hiking/berenang).
- Stress.
Q4 : Siapa yang inda sesuai untuk buat rawatan?
J : Orang yang inda sesuai untuk buat rawatan adalah;
- Wanita hamil.
- Wanita haid.
- Penghidap anemia teruk/kurang darah.
- Penghidap hemofilia.
- Pesakit yang mengambil ubat pencair darah (Warfarin/Heparin).
- Baru menjalani pembedahan (tertakluk kepada jenis dan kawasan yang dibedah).
- Kurang dari 3 minggu dari tarikh menderma darah.
- Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun.
- Orang yang sangat lemah.
- Penghidap masalah kesihatan serius (penyakit jantung, kanser tahap 4 atau penyakit kronik lain).
- Pesakit diabetes dengan bacaan gula diatas 10.
- Bacaan Tekanan Darah diatas 140.
- Penyakit kulit (jangkitan, luka terluka atau psoriasis) terutama sekali dikawasan yang ingin dibekam.