image

MHO Sibu

Malaysia International Humanitarian Organisation cawangan Sibu, Sarawak.
Dipengerusikan oleh Bill Jugah, satu tokoh pejuang hak asasi manusia berkenaan pembelaan tanah adat, hak kerakyatan, persekolahan dan isu-isu semasa yang dihadapi rakyat dan penduduk.

Category

Products

Products

Penerangan dan Indemnity Clause

Untuk makluman, MHO adalah sebuah organisasi swasta dan bukan agensi kerajaan yang menerima dana daripada kerajaan. Oleh yang demikian, pihak kami mengenakan caj perkhidmatan dan caj konsultasi bagi menampung kos pengurusan serta perjalanan kes, selaras dengan status kami sebagai sebuah entiti swasta.

Sekiranya pihak tuan ada masalah kewangan kami mencadangkan agar pihak tuan merujuk kepada agensi-agensi kerajaan seperti pihak polis atau jabatan berkaitan, kerana perkhidmatan mereka dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada orang awam.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas pemahaman pihak tuan.

Pencerahan mengenai caj yang dikenakan

Untuk selesaikan kes, perlu perbincangan yang teliti kerana setiap kes berbeza dan memerlukan analisa yang tepat sebelum menentukan strategi undang-undang yang sesuai.

MHO menggunakan pendekatan undang-undang yang kreatif dengan memberi tekanan kepada agensi terlibat supaya kes dapat disegerakan dan keadilan dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Oleh itu, penting untuk mendapatkan nasihat daripada panel peguam MHO yang berpengalaman dan bertauliah agar kami dapat membantu dengan sebaiknya.

Boleh berjumpa dengan panel peguam MHO untuk sesi konsultasi sama ada secara bersemuka atau online (Google Meet).

Untuk makluman, yuran konsultasi ialah RM500 bagi sesi perbincangan kes yang merangkumi penerangan tentang strategi, solusi dan panduan penyelesaian.

Jika bersetuju, temujanji akan diaturkan.
Sila maklumkan waktu yang sesuai.