
Huzairy Works Sportfishing (KC0047350-K), mula ditubuhkan pada tahun 2017, di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Pengasas Huzairy Works, Mohd Huzairy bin Mohd Rezuan, merupakan seorang guru sekolah rendah. Beliau mula menceburkan diri di dalam industri jenama memancing, demi mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos untuk menikmati hobi memancing ketika itu.
Model perniagaan Huzairy Works pada tahun 2017 hingga 2020, menggunakan konsep “Build to Order”. Maksudnya, semua gewang yang dijual hanya dibuat selepas tempahan dibuat. Spesis target utama untuk produk Huzairy Works ketika itu lebih kepada game snakehead, atau Haruan. Antara produk Huzairy Works ketika itu ialah Ultralight Rubber Jig, Tarpon Jig, Chatterbait, Ultralight & Nano Spinnerbait, Huzairy Works Micro Kabura, dan Fish Measuring Tape.
Inline spinner Huzairy Works dijenamakan menjadi Huzairy Works SPINNA pada tahun 2023. Spinna menggunakan spinner blade custom yang ditempah khas dari kilang. Plastik bungkusan produk juga dimurnikan lagi dengan penggunaan plastik rekabentuk custom dengan jenama Huzairy Works.
Huzairy Works Kilait, gewang jenis sesudu mula dikeluarkan pada tahun 2024. Produk ini dikeluarkan untuk memenuhi permintaan pemancing yang ingin memikat ikan Sebarau.
Kini, Huzairy Works Sportfishing mula mengorak langkah untuk menjadi jenama nombor satu untuk kategori pancingan jeram di Malaysia. Fokus Huzairy Works ialah untuk mengeluarkan produk yang terbaik setanding dengan jenama antarabangsa.