Buku Aktiviti 'Budaya Kita Tradisi Kita' (yang pertama) adalah mengenai pakaian tradisional bagi kanak-kanak lelaki. Antara pakaian tradisional yang diperkenalkan dalam buku aktiviti ini ialah baju Melayu cekak musang, baju Melayu teluk belanga, butang baju Melayu, kain samping, songkok dan tanjak. Terdapat 7 aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembaca cilik bersama anggota keluarga, guru dan rakan-rakan mereka. Antaranya adalah
(1) membaca bersama
(2) bertutur (berdasarkan skrip contoh)
(3) melukis
(4) menulis
(5) memadankan deskripsi dengan gambar
(6) memadankan deskripsi dengan pelekat (yang disertakan bersama buku aktiviti)
(7) menyelesaikan permainan mencari pakaian dan mencari perkataan
Buku aktiviti setebal 24 halaman ini diharapkan dapat memperkenalkan pakaian tradisional secara ringkas dan menarik kepada para pembaca cilik yang berusia antara 5 hingga 8 tahun.
SKU: 5