Cili Giling 5kg (Botol)

Cili Giling 5kg (Botol)

RM 37.00

SYABEI Cili Giling 5kg — Untuk Dapur Yang Hari-Hari Berasap 🌶️

Tempahan banyak, bahan pun kena sentiasa ready. SYABEI dah siap giling supaya kerja memasak lebih mudah. Tak perlu rendam dan kisar cili sendiri—terus ambil ikut keperluan, tumis dan masak!

Tekstur cili giling dengan tiada pemekat, sesuai untuk menyediakan sambal, lauk berlada, asam pedas, ayam masak merah dan pelbagai menu lain.

Siapa sesuai guna saiz 5kg?

✅ Peniaga nasi lemak — untuk penyediaan sambal harian.
✅ Restoran, kedai makan & gerai — yang kerap menggunakan cili giling dalam pelbagai menu.
✅ Pengusaha katering — untuk masakan majlis dan tempahan pukal.
✅ Pengusaha sambal & pes masakan — sebagai bahan asas mengikut resipi sendiri.
✅ Pengusaha kerepek pedas — untuk penyediaan sambal atau salutan pedas.

Saiz 5kg sesuai untuk dapur yang penggunaan cilinya tinggi dan konsisten.

Penyimpanan: Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka. Gunakan sudu yang bersih dan kering serta tutup rapat selepas digunakan.

Berat bersih: 5kg