Selangor - Santai Sijangkang Homestay Johor - Santai Senggarang Homestay
Category
Tekan pada gambar untuk Tour Homestay
Website Santai Sijangkang Homestay
Tekan pada gambar untuk Tour Homestay
Website Santai Senggarang Homestay
SYARAT DAN PERATURAN PENGINAPAN HOMESTAY
✅ Homestay untuk MUSLIM sahaja. ✅ Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang SAMA JANTINA. ✅ Makanan dan minuman HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/ alkohol tidak dibenarkan sama sekali. TERMASUK DADAH SERTA APA-APA YANG BOLEH DI AMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG. ✅Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. DILARANG MEROKOK DALAM RUMAH/ TERUTAMA BILIK TIDUR HOMESTAY. ✅Menggunakan kemudahan yang disediakan dihomestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan. ✅Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas dan rumah jiran. ✅Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan. Jangan menganggu ketenteraman jiran sekeliling dengan membuat bising pada lewat malam (terutamanya waktu Jam 12.00 malam ke atas). ✅Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay. ✅Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat. JAGA KEBERSIHAN BERSAMA. ✅Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda. ✅Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out). ✅Diharap anda tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay. Terima kasih atas kerjasama anda.
**Hubungi Homestay Santai**