Buku Aktiviti 'Budaya Kita Tradisi Kita' (yang pertama) adalah mengenai pakaian tradisional bagi kanak-kanak lelaki. Antara pakaian tradisional yang diperkenalkan ialah baju Melayu cekak musang, baju Melayu teluk belanga, kain samping, songkok dan tanjak. Buku aktiviti berjumlah 24 halaman ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun.
Terdapat 7 aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembaca cilik bersama anggota keluarga, guru dan rakan-rakan mereka. Antaranya adalah
(1) membaca bersama
(2) bertutur (berdasarkan skrip contoh)
(3) melukis
(4) menulis
(5) memadankan deskripsi dengan gambar
(6) memadankan deskripsi dengan pelekat (yang disertakan bersama buku aktiviti)
(7) menyelesaikan permainan mencari pakaian dan mencari perkataan
Buku Aktiviti 'Budaya Kita Tradisi Kita' ini diharapkan dapat memperkenalkan pakaian tradisional secara ringkas dan menarik kepada para pembaca cilik!